SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa
merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada
dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud
sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan
bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.
A
air muka : maruah; rupa atau wajah seseorang
akal kancil : pandai membuat tipu daya untuk
menyelamatkan diri
ambil alih : mengambil kuasa atau tugas
daripada pihak lain
ambil ringan : tidak menumpukan perhatian
anak kandung : anak sendiri
anak
tangga : tingkat-tingkat yang terdapat di
tangga
angkat mata : berani melawan atau menentang
B
bahasa kesat : bahasa yang kasar dan menyakiti
hati
bangkai bernyawa : orang
yang tidak berguna pada diri sendiri dan masyarakat
bawa ke tengah : membawa sesuatu hal ke mahkamah
bawa nyawa : lari untuk menyelamatkan diri
berat hati : malas membuat sesuatu
berat mulut : orang yang pendiam
berbulan madu : pengantin baru pergi makan angin
berbuih mulut : berleter tanpa berhenti-henti atau
memberikan nasihat
berbulu mata : berasa benci
berjabat tangan : bersalam
berpaling tadah : mengkhianati pihak yang disokong
berpeluk tubuh : malas melakukan kerja
bertikam lidah : bertengkar
bintang terang : orang yang bernasib baik
bongkok tiga : orang tua yang terlalu bongkok
ketika berjalan kebiasaannya
menggunakan tongkat
buah fikiran : memberi pandangan atau pendapat
bulat suara : persetujuan ramai
bunga api : punca-punca pergaduhan
buruk makan : makan secara gelojoh
buta tuli : tidak boleh melihat dan mendengar
C
campur tangan : turut serta dalam urusan orang
lain
cangkul angin : perbuatan yang sia-sia
cari mati : kelakuan yang boleh mendatangkan
bahaya kepada diri sendiri
cicak kubin : terlalu kurus
cuci tangan : enggan bertanggungjawab dalam
sesuatu hal
D
demam puyuh : pura-pura demam
E
ekor mata : jelingan mata
G
gelap mata : lupa akan diri kerana terpengaruh
oleh wang dan harta
gigi air : tebing
gila bahasa : fikiran yang kurang waras
golok kayu : orang bodoh berlagak pandai
H
habis akal : bingung kerana habis segala usaha
hancur hati : terlalu sedih
hari besar : hari yang dirayakan bagi
memperingati sesuatu peristiwa
hujan panas : hujan ketika hari panas
I
ibu kota : bandar pusat pemerintah negeri
J
jadi kaki : orang yang menjadi suruhan kepada
sesuatu pihak
jahat mulut : orang yang gemar mengata
/mengumpat
jatuh hati : ada perasaan kasih kepada
seseorang
jinak lalat : berani tetapi rasa takut
jiwa besar : orang yang bercita-cita besar dan
ingin melaksanakannya
K
kakitangan : para pekerja
kecil hati : merajuk atau rasa tersinggung
kerja tangan : hasil pertukangan tangan
L
lidah bercabang : kata-kata seseorang yang tidak
boleh dipercayai
lintah darat : orang yang mengenakan kadar bunga
tinggi atas pinjaman wang
yang diberikan
M
makan darah : mengambil keuntungan berlipat
ganda dalam perniagaan
makan diri : perbuatan seseorang yang
merosakkan dirinya sendiri
makan garam : orang yang mempunyai banyak
pengalaman hidup
mandi peluh : bekerja kuat
masin lidah : apa yang dikatakan benar-benar
terjadi
masuk akal : pendapat atau saranan yang boleh
diterima
masuk angin : sakit perut kerana teralu sejuk
masuk tangan : mencampuri hal orang lain
mati celik : orang mati yang hajat dan
cita-citanya belum tercapai
membawa hati : merantau kerana kecewa
mencolek hati : perbuatan yang menggelikan hati
menjolok mata : sesuatu yang tidak manis dipandang
mengikut telunjuk : menurut
sahaja kemahuan orang lain tanpa membantah
menongkat langit : umur
panjang
minta nyawa : minta supaya jangan dibunuh atau
diseksa
muka bantal : tidak segan dan malu
muka pintu : ruang di hadapan pintu
O
orang rumah : isteri
otak kering : orang yang tidak berapa siuman
P
paku belanda : harga tetap tidak boleh kurang
patah hati : kecewa atas kegagalan dalam
sesuatu hal
putih mata : kecewa kerana tidak mendapat
sesuatu yang dihajati
putih tulang : berani dan sanggup berkorban nyawa
demi mempertahankan
negara
R
rambang mata : serba salah memilih
rasa hati : perasaan seseorang
S
salah bantal : leher berasa sakit selepas tidur
salah bawa : tidak pandai mentadbir sesuatu
salah faham : tidak mengerti hal yang sebenarnya
sampai hajat : hajat hati yang tercapai
sampai hati : tanpa belas kasihan semasa
melaksanakan sesuatu
sehelai sepinggang : mempunyai pakaian yang dipakai
sahaja
sejuk hati : telah hilang perasaan marah
sekangkang kera : keluasan kawasan yang tidak
seberapa
senang hati : gembira kerana memperoleh sesuatu
senyum simpul : senyum gembira/geli hati kerana
sesuatu yang menarik
setengah masak : fikiran seseorang yang kurang
matang
T
tahi minyak : orang yang sangat cerewet
tak kering gusi : sentiasa ketawa
tak sedar diri : tidak mengetahui tentang kedudukan
diri
tanda tangan : tulisan yang menandakan nama
seseorang
tangkap angin : tanpa mendapat apa-apa
telinga tempayan : orang yang tidak mahu mendengar
nasihat
titik peluh : usaha yang bersungguh-sungguh
tolak ansur : sama-sama memberi/menerima
pendapat masing-masing
tulang belakang : seseorang yang diharapkan membawa
kejayaan dalam sesuatu
kumpulan/pasukan
Z
zaman batu : zaman manusia hidup di dalam gua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan