Khamis, 28 Mac 2013


Kata Bilangan

1. Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
2. Jenis-jenis kata bilangan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.
Jenis  Contoh
Bilangan yang tentu sifatnya  Dua, tiga
Bilangan tak tentu  Segala-gala, para
Membawa maksud himpunan  Ketiga-tiga, kedua-dua
Membawa maksud pisahan  Masing-masing, tiap-tiap
Membawa maksud pecahan  Sesetengah, seperempat
3. Contoh kesalahan bahasa:
(a)  Semua pegawai-pegawai : sepatutnya semua pegawai
(b)  Setengah penduduk : sepatutnya setengah-setengah penduduk / sesetengah penduduk
(c)  Dua setengah bulan : sepatutnya dua bulan setengah
(d)  Berpuluh : sepatutnya berpuluh-puluh
4. Contoh ayat:
Keempat-empat pelajar itu diberikan penghargaan oleh pengetua kerana menolong rakan mereka.
Setiap pelajar yang terpilih perlu mengisi borang untuk memohon biasiswa.


Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama apabila menunjukkan bilangan.Contoh:
(a) Ekor  : untuk binatang
(b) Helai  : untuk kertas
( c) Biji  : untuk buah
(d) Bidang  : untuk tikar
(e) Buah  : untuk rumah
(f) Ulas  : untuk nangka
(g) Batang  : untuk pokok
2. Kata bilangan tak tentu para – tidak perlu penjodoh bilangan.
Contoh: Para orang peserta (salah)
Para peserta (betul)


Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama.
Contoh : Dia tinggal diIpoh.
2. Ada kata sendi nama yang menganggotai golongan kata yang lain.
Contoh: akan (juga berfungsi sebagai kata Bantu)dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif)
3. Kata sendi nama mempunyai fungsi yang tertentu.Contoh: di , digunakan untuk tempat
pada , digunakan untuk masa dan tempat, serta situasi tertentu
seperti: Gelang itu ada pada ibu.Rantai emas itu dipakai pada lehernya.
4. Kata sendi nama yang lain ialah :
tentang, dari, daripada, kepada, bagi, untuk, dari, daripada, oleh
5. Contoh ayat:
Peralatan ini hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan