Ahad, 24 Mac 2013

NOTA TATABAHASA


PENJODOH BILANGAN

Penjodoh
Bilangan
Digunakan untuk
Ayat Contoh
angkatan
Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
1   Tiga angkatan perang itu telah diserang hendap
     oleh pihak musuh.
2   Dua orang anggota angkatan tentera Filipina 
     telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu.
baris
Benda atau manusia yang berbaris.
Contoh: bangku, kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan
1   Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca.
2   Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna
     kuning.
batang
Benda-benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur
1   Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
2   Tujuh batang jejari basikal itu telah patah.
bentuk
Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang
1   Karim memancing udang itu dengan
     menggunakan sebentuk mata kail yang halus.
2   Tiga bentuk cincin itu telah berkarat.
bidang
Benda-benda yang luas bidangnya.
Contoh: layar, tikar, tanah, sawah, permaidani
1   Sebidang sawahnya telah dijual untuk
     melangsaikan hutang-hutangnya itu.
2   Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus.
biji
Benda-benda yang bersaiz kecil.
Contoh: buah-buahan, telur
1   Setiap pagi ayah makan dua biji telur ayam
     separuh masak.
2   Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka
     muda dari kebunnya.
bilah
Benda-banda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang
1   Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah 
     oleh Salim.
2   Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau.
buah
Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh: kenderaan, bandar, negara, bangunan
1   Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga  
     yang paling murah.
2   Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah
     almari lama.
buku
Benda-benda yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun, roti
1   Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada  
     adiknya.
2   Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam 
     almari.
butir
Benda-benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur, manik, permata
1   Adik telah memecahkan dua butir telur ayam
     yang terletak di atas rak itu.
2   Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya.
carik/cebis
Benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain, kertas
1   Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di 
     atas meja tulis itu.
2   Jururawat itu membalut luka pada tangan
     pesakit itu dengan secarik kain putih.
cucuk
Benda-benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate dan buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh
1   Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk  
     sate.
2   Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga 
     itu kepada adiknya.
das
Bunyi tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang, meriam, pistol
1   Dua das tembakan penembak upahan itu tidak 
     menepati sasarannya.
2   Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa 
     das tembakan senapang.
ekor
Haiwan atau binatang.
Contoh: ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru
1   Adik memelihara beberapa ekor anak ayam
     serama.
2   Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan
     penamat kerana kakinya tercedera.
gugus
Benda yang bergugus  atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau
1   Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh
     ayahnya itu telah busuk.
2   Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100
     kilogram.
helai
Benda-benda yang nipis dan lebar.
Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang
1   Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlis  
     itu.
2   Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam  
     bahan penumis itu.
hiris
Benda-benda yang dipotong nipis.
Contoh: bawang, daging, tomato, timun
1   Adik meletakkan dua hiris bawang merah itu di 
     dalam piring.
2   Ibu menghulurkan beberapa hiris timun kepada 
     ayah.
ikat
Benda-benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayur-sayuran, buah-buahan
1   Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga 
     RM1.00.
2   Adik membeli dua ikat rambutan gading.
jambak
Contoh: kunci, bunga
1   Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bunga  
     mawar.
2   Kassim menggantungkan sejambak kunci di
     tepi pintu biliknya.
kaki
Benda-benda yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung, cendawan, bunga
1   Siti meminta ibu membelikannya sekaki
     payung.
2   Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk.
kawan
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah
1   Sekawan burung merpati terperangkap di dalam 
     jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2   Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah
     sawah itu.
kelompok
Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
1   Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
2   Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke
     sebelah timur.
kepal
Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras, pasir
1   Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut 
     adik.
2   Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu
     lalu beredar dari situ.
keping
benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti, gambar, biskut, kad
1   Dua keping poskad itu diterimanya dua hari
     yang lalu.
2   Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping   
     gambar ayah Marzuki.
kerat
Benda-benda yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel
1   Ayah menggunakan sekerat rotan untuk
     memukul anak kucing itu.
2   Dua kerat kayu itu telah reput.
ketul
Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu, daging
1   Hassan mengambil seketul batu lalu
     melontarkannya ke arah anjing itu.
2   Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
kotak
Benda-benda yang diisikan di dalam kotak.
Contoh: mancis, sabun, rokok
1   Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
     sekotak mancis api.
2   Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah
     daripada abangnya.
kuntum
Contoh: bunga
1   Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2   Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
laras
Benda-benda yang berlaras.
Contoh: meriam, senapang
1   Perompak tu bersenjatakan selaras senapang
     patah.
2   Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di  
     Muzium Pulau Pinang.
lembar
Benda-benda yang panjang. Contoh: benang, tali
1   Beberapa lembar benang digunakan untuk
     mengikat pensel itu.
2   Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik  
     itu.
naskhah
Contoh: buku, majalah, surat khabar, kitab
1   Ibu sedang membaca senaskhah surat khabar.
2   Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita 
     setiap bulan.
orang
manusia/orang
1   Dua orang pelancong Jepun itu memuji
     kecantikan negara Malaysia.
2   Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam
     kemalangan ngeri jalan raya itu.
papan
Benda-benda yang berkeping-keping.
Contoh: petai, mercun
1   Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
    mercun itu kepadanya.
2  Kamisah membeli beberapa papan petai untuk  
    dibuat ulam.
pasang
benda-benda yang berpasangan.
Contoh: kasut, anting-anting, subang, baju
1   Halim membeli sepasang but bola berjenama 
     Nike.
2   Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan