Ahad, 24 Mac 2013
Sinopsis Bukan Dunia Ku
Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua
sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe
memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya
melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.
Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah
mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat
melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim
memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit.
Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah
kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya . Saleh
ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya,
Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim
bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.
Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan
latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani
berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau
Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim
memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja
untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara
sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas
kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat
kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk
bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika meray au-rayau di ibu
kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun,
Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.
Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka
Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang
menemani Halim ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Na mun
begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang
kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan
kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim
mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung
belanja persekolahan Saleh.
Tema:
Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap dalam
sindiket haram.
Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. Halim
tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak
membayar sebarang upah kepadanya.
Persoalan:
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;
i. Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram.
Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco-konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar
akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
ii. Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati.
Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata -mata kerana berkecil hati apabila ayah
dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah
kepadanya.
iii. Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas
kelemahan orang lain demi kepentingan diri.
Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia
memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga petak letak
kereta dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka.
iv. Semangat setiakawan yang tinggi.
Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan
keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul
oleh konco-konco Abang Joe.
v. Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah.
Fariz bijak menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim
kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang sebenar tidak
terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan
konco-konconya.
vi. Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah.
Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang
melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.
Watak dan Perwatakan:
i. Watak utama dalam novel ini ialah Halim.
ii. Watak sampingan terdiri daripada Saleh, Abang Joe/Johari, Fariz, ayah Halim, ibu Halim, ayah
Saleh, ibu Saleh/Mak Minah, dan Mak Esah.
Halim
- Halim anak tunggal dalam keluarga.
- Halim berusia 15 tahun.
- Halim terlalu mengikut kata hati. Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati
apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
- Halim mudah terpedaya. Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah
menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik
sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
- Halim rajin bekerja. Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak
memberikan sebarang upah kepadanya.
- Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak
berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia
ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
- Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu
menanggung belanja persekolahannya.
Saleh
- Saleh merupakan anak sulung dalam keluarganya.
- Saleh memahami kesulitan hidup keluarganya.
- Saleh anak yang rajin. Setiap nhari dia membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke
sekolah.
- Saleh penyayang. Saleh amat sayang akan keluarganya sehingga dia sanggup berhenti sekolah
kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik -adiknya belajar. Saleh juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan demi m embela
nasib mereka sekeluarga.
- Saleh mudah termakan pujuk rayu orang yang tidak dikenalinya.Saleh membatalkan niatnya untuk
mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh olehkata-kata Abang Joe yang
menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
- Saleh mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dia sanggup menemani Halim berjumpa
dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco -konco Abang
Joe.
Abang Joe/Johari
- Abang Joe ketua sindiket haram. Dia mempengaruhi renmaja yang tidak berumah atau yang lari
dari rumah supaya melakukan kerja-kerja haram untuknya seperti mencuci kereta, menjaga tempat
letak kereta dan sebaginya.
- Abang Joe pandai memperdayakan golongan remaja. Abang Joe pandai memperdayakan Halim
dan Saleh. Dia berjanji untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu kota
sedangkan tujuan sebenarnya hanya ingin memeras tenaga mereka.
- Abang Joe kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe sanggup mengarahkan konco -konconya memukul Halim dan rakan-rakannya jika mereka ingkar akan arahannya.
- Abang Joe licik dalam menjalankan kegiatannya. Dia sukar dikesan oleh pihak berkuasa walaupun
sudah menjadi pengedar dadah utama di ibu kota.
Fariz
- Fariz tinggi lampai, berkulit sawo matang, dan berambut pendek.
- Fariz pemurah. Dia selalu membelanjai Halim makan di gerai yang berhampiran dengan tempat
Halim bekerja mencuci kereta.
- Fariz bijak menyembunyikan identitinya. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di
sebuah syarikat swasta padahal dia merupakan pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah.
- Fariz berani. Fariz berani mempertahankan Halim ketika Abang Joe memarahi Halim kerana
makan bersama-sama dengannya.
- Fariz bertanggungjawab. Dia telah menjalankan tugasnya untuk menyiasat kes jenayah yang
dilakukan oleh Abang Joe dengan baik sehingga Abang Joe dan konco-konconya berjaya
diberkas.
Nilai Murni:
i. Kasih sayang.
Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu
membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar.
Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.
ii. Tabah.
Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang
tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco -konconya memukul mereka jika mereka
ingkar akan arahannya.
iii. Rajin.
Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang
upah kepadanya.
iv. Bersimpati.
Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya
tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
v. Setia.
Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim
sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
vi. Bijak.
Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagian narkotik
dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.
vii. Baik hati.
Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.
Pengajaran:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan