Khamis, 28 Mac 2013


Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1.  Maksud: Perkataan yang biasanya menamakan orang atau benda.
2.  Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama.
3.  Jenis kata nama:
a.  Kata Nama Khas
i.  Nama yang khusus
ii.  Ejaan berpangkal huruf besar
iii.  Kumpulan kata nama: benda hidup – contoh:
Ahmad dan Comel (Nama binatang)
benda tak hidup – Kuala Lumpur
Contoh ayat: Pak Abu sedang berkebun ketika anaknya pulang dari Kuala Lumpur.

b. Kata Nama am
i. Benda / perkara yang umum sifatnya.
ii. Ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan ayat)
iii. Kumpulan kata nama : abstrak – contoh : mimpi
konkrit – contoh: tangan
Contoh ayat: Najmi membantu ayahnya membuat bakul anyaman di rumah.



Kata Ganti Nama Diri

1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Terdapat kata ganti nama diri orang pertama, iaitu saya, kita, aku, hamba, beta dan patik.
3. Kata ganti nama orang kedua, iaitu awak, engkau, kau, kamu, tuanku, tuan hamba dan anda.
4. Kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, beliau, baginda, ia, kalian dan mereka.
5. Kata ganti nama diri yang sesuai mestilah digunakan apabila menggunakan kata nama yang tertentu dalam ayat.
Contoh:   Kata baginda digunakan untuk raja dan kerabat sahaja.Kata beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati dan tidak sesuai untuk penjenayah.
6. Contoh ayat: “Baginda akan menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang telah berjasa,” titah Sultan.



Kata Ganti Nama Diri Tanya

1. Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk Tanya.
2. Contoh kata ganti diri Tanya:
a. Apa : merujuk benda atau perkara
b. Siapa : merujuk orang
c. Mana : merujuk benda atau orang
3. Contoh ayat:
Pengurus projek yang melaksanakan projek ini siapa?




Kata Ganti Nama Diri Tanya

1. Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk Tanya.
2. Contoh kata ganti diri Tanya:
a. Apa : merujuk benda atau perkara
b. Siapa : merujuk orang
c. Mana : merujuk benda atau orang
3. Contoh ayat:
Pengurus projek yang melaksanakan projek ini siapa?
Kata Ganti Tunjuk
1. Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
2. Kata ganti nama tunjuk:
a. Ini :   Merujuk pada yang dekat.
b. Itu :   Merujuk pada yang jauh.
3. Contoh ayat: “Kek ini adalah untuk kakak sempena hari lahirnya yang ke – 13,” kata ibu kepada Aini.


Kata Ganti Tak Tentu

1. Kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu atau untuk penegasan.
2. Kata ganti tak tentu juga digunakan untuk membina ayat penyata.
Contohnya:
(a) apa-apa   -  Dia membeli apa-apa barang keperluan harian
sebelum
menyertai program perkhemahan.
(b) mana-mana – Pihak polis akan menahan mana-mana suspek yang
berkaitan dengan kes pembunuhan itu.
(c) siapa-siapa(sesiapa)  - Pihak kerajaan telah menahan  siapa-siapa
yang menyertai perhimpunan yang tidak
mendapat permit daripada pihak polis.
3. Contoh ayat:
Jika anda hendak bertandang ke rumah orang, bawalah apa-apa buah tangan
Ambillah mana-mana yang awak suka untuk dijadikan bahan kajian.


Kata Ganti Nama Tempat

1. Digunakan untuk menggantikan nama tempat.
2. Kata ganti nama tempat yang jauh atau dianggap jauh ialah sana.
Contoh: Banyak orang yang sedang mandi di kolam sana.
3. Kata ganti nama tempat yang dekat ialah sini.
Contoh: Mahkamah tinggi di sini  telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap pemuda yang melakukan kesalahan meragut.
4. Kata ganti nama tempat yang tidak jauh dari tempat orang yang sedang bercakap ialah situ.
Contoh : Kedai-kedai runcit yang ada dekat-dekat situ telah menurunkan harga beras.
5. Contoh ayat: “Di sana tempat berlakunya pembunuhan itu,” kata Izzat kepada anggota polis sambil menunjukkan jari kea rah pokok yang jauh itu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan