Khamis, 28 Mac 2013
Kata Adjektif
1. Kata adjektif juga dikenali dengan kata sifat.
2. Dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului oleh kata penguat.
3. Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
4. Terdapat sembilan jenis kata adjektif.
Jenis kata adjektif Contoh
Sifat atau keadaan Baik, jahat, takut, berani
Warna Biru, kuning, putih, merah
Ukuran Panjang, pendek, kecil, besar
Bentuk Bulat, lonjong, lurus, bengkok
Waktu Baru, lama, esok, sekarang
Jarak Jauh, dekat, rapat, hamper
Cara Cepat, pantas, deras, perlahan
Perasaan Benci, rindu, sedih, marah
Pancaindera Sedap, manis, masin, masam
5. Kata adjektif terbitan (awalan, apitan dan sisipan)
(a) Awalan ter-Maksud: Penjelasan perbandingan / keadaan paling
Contoh Kesalahan: Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
(b) Awalan Se-Maksud: Memberi pengertian Sama
Contoh Kesalahan: Sama cantik (betul)
Sama secantik (salah)
6. Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam
bentuk darjah penghabisan.
Contoh:
(a) Sepandai-pandai
(b) pandai sekali
(c) amat pandai sekali
(d) terpandai
(e) teramat pandai
(f) paling pandai
(g) tersangat pandai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan