BAB 1 : PENDUDUKAN
JEPUN DI NEGARA KITA
(1) Faktor
Jepun menjadi kuasa imperialis
1. Maharaja Mikado Meiji –
memodenkan Jepun
2. Pemulihan Meiji – tekankan
pemodenan dan perindustrian
3. Negara Barat – dijadikan model
4. China – ada bahan mentah dan berpotensi
pasaran
5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun
1905
6. Masalah ekonomi di Jepun
7. Pertambahan penduduk Jepun
8. Tanah pertanian di Jepun
berkurangan.
9. Perlu bahan mentah spt petroleum,
bijih timah dan getah.
10. Perlu pasaran baru untuk hasil
perindustriannya.
11. Tawan sebahagian China selepas
Perang China-Jepun Kedua
12. Amerika Syarikat adakan sekatan
ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China
13. Gol. tentera pimpinan Jeneral
Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.
14. Slogan Pihak Jepun –
i. “Asia untuk Orang Asia”,
ii. “Semangat Asia”,
iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
(2) Kemaraan
Jepun ke Tanah Melayu
1. Mendarat serentak di Thailand
(Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu.
2. Mara ke Jitra, Kedah.
3. Tentera Jepun berpecah dua
pasukan:
i. ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui
pesisiran pantai
ii. mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di
negeri-negeri pantai barat.
4 Mendarat Kota Bharu – mara ke
selatan mengikut jalan barat di negeri-negeri pantai timur.
5. Kemaraan ke Tanah Melayu melalui
Pantai Barat;
i) mendarat di Singgora dan Pattani mara ke Jitra.
ii) Dari Alor Star ke selatan melalui bandar utama
iii) Dari Pulau Pinang ke selatan melalui pesisiran
pantai
iv) menawan Kuala Lumpur
v) menawan Singapura – TM jatuh ke tangan tentera
Jepun.
6. Kemaraan Jepun ke TM melalui
Pantai Timur;
i) mendarat di Kota Bharu.
ii) “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales”
ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.
(3) Kemaraan
Jepun ke Sabah dan Sarawak
1. Mendarat di Miri
2. Berpecah kepada dua pasukan;
i) ke Kuching dan kemudian ke Sibu
ii) ke Sabah melalui Labuan dan ke Sandakan.
3. Tiada tentangan sengit
(4) Cara
Kemaraan Tentera Jepun
1. Kapal terbang perang
2. Kereta kebal penggempur
3. Kereta kebal yang kecil
4. Penggunaan bot
5. Penggunaan basikal – melalui
jalan sempit – cepatkan perjalanan
(5) Kemusnahan
Akibat Peperangan
1. Kemusnahan infrastruktur, sumber
ekonomi dan bangunan.
2. Semasa berundur, tentera British
guna taktik “bumi hangus” (memusnahkan jambatan, jalan kereta api, ladang dan
kaw. perlombongan)
3. bagi melengah-lengahkan kemaraan
tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
4. British bakar telaga minyak di
Miri
5. British musnah dokumen-dokumen kerajaan.
6. Kemusnahan menggagalkan cita
Jepun untuk menguasai bahan mentah
7. Bangunan musnah.
8. Menghancurkan tamadun manusia.
9. Bangunan Muzium Selangor musnah
10. Jambatan Guillemard di Kuala
Krai diletupkan
(6) Kejatuhan
Tanah Melayu di tangan Jepun
1. Tentera British terdiri askar
India-Gurkha, Australia.
2. Tentera British tidak berhasrat
mempertahankan TM dgn bersungguh kecuali Singapura.
3. Tumpuan British – mempertahankan
negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
4. Rejimen Askar Melayu pimpinan
Leftenan Adnan berjuang mempertahankan TM
5. Leftenan Adnan anggota Rejimen
Askar Melayu ketuai pasukan di Bukit Gap, Singapura.
6. Leftenan Adnan gugur dalam
pertempuran
7. Leftenan Jeneral A.E. Percival
serah diri kepada Left. Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.
(7) Faktor
Kejayaan Jepun
1. Perancangan awal perang;
- Jepun guna propaganda untuk memenangi hati dan
mendapatkan kerjasama penduduk
- Jepun jalankan aktiviti perisikan bagi mendapatkan
maklumat
2. Kelengkapan perang tentera Jepun;
- kapal terbang pejuang seperti “Zero Fighter?.
- guna kereta kebal – sesuai keadaan muka bumi di
Tanah Melayu.
3. Pakatan Jepun-Thailand;
- Thailand beri laluan kpd tentera Jepun mendarat
- Sebg balasan, Jepun tidak menyerang Thailand.
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis kepada Thailand.
4. Taktik serangan Jepun;
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii
- Jepun serang dari utara kerana British tertumpu di
selatan iaitu Singapura.
5. Peranan Kesatuan Melayu Muda
(KMM);
- KMM sebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
- KMM beri maklumat perisikan tentang TM
- KMM jadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
6. Semangat tentera Jepun;
- berjuang untuk kemegahan negara Jepun
- rela mati demi Maharaja Jepun.
- berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang
China-Jepun
7. Kelemahan tentera British;
- Tentera British tidak bersedia
- British menumpukan peperangan di Eropah.
- kurang latihan
- kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British
berubah sikap menjadi anti-British.
- Tumpuan pertahanan hanya di Singapura.
8. Kegiatan Perisikan Jepun;
- Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu
menjadi ejen perisikan.
- Mereka menyamar sebg tukang gunting rambut,
- menyamar sebagai orang Cina dan pelancong.
- Tentera Jepun guna kesempatan semasa kuasa Barat
sedang menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah.
- Penduduk terpengaruh dengan slogan-Jepun.
(8)
Pemerintahan Jepun
1. Pemerintahan bercorak ketenteraan
2. Tanah Melayu dikenali Malai Baru
(Melayu Baru).
3. Singapura dikenali Syonan (Cahaya
Selatan)
4. Pentadbiran Singapura diasingkan
drp Tanah Melayu
5. Gabungkan Tanah Melayu dgn
Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat.
6. Di bawah pentadbiran pusat,
-pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri.
7. Setiap wilayah diketuai oleh
Gabenor Wilayah.
8. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu diserahkan kepada Thailand
9. Sarawak, Sabah dan Brunei
digabungkan menjadi pentadbiran Borneo Utara – diketuai Gabenor Jeneral yang
beribu pejabat di Kuching.
10. Sarawak dibahagikan kepada tiga
wilayah
11. Sabah dibahagikan kepada dua
wilayah.
12. Setiap wilayah diketuai Gabenor
Wilayah.
(9) Dasar
pemerintahan tentera Jepun
1. Peranan Sultan;
i. tidak lagi menjadi pemerintah negeri
ii. menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
iii. diberi elaun seperti semasa pmh British
2. Tanah Melayu jadi tanah jajahan
Jepun.
3. Majlis Agama Islam ditubuhkan
4. Ekonomi dieksploitasi untuk
perindustrian dan membiayai peperangan.
5. Mata wang Jepun diperkenalkan.
6. Pengenalan ekonomi kawalan
7. Ekonomi sara diri untuk
pengeluaran makanan harian digiatkan.
8. Catuan makanan – atasi kekurangan
bahan keperluan harian.
9. Layanan istimewa kepada “kaisha”
(syarikat Jepun)
10. Sekolah Inggeris dan Cina
ditutup
11. Kesetiaan terhadap Jepun
12. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun)
dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah.
13. Nippon-Go – bahasa pengantar di
sekolah.
14. Cuti sempena hari-hari perayaan
negara Jepun
15. Orang Melayu – Dilayan lebih
baik untuk mendapat kerjasama
16. Orang Cina – Dilayan kasar
kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
17. Orang India- Dilayan baik kerana
Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.
18. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar
diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
19. Nama persatuan perdagangan
menggunakan bahasa Jepun
20. Budaya Jepun diiklankan dalam
akhbar.
(10) Reaksi
penduduk:
i)
Reaksi di kalangan orang Melayu terpengaruh dengan slogan Jepun Diberikan
layanan baik oleh tentera Jepun. KMM di bawah Ibrahim Haji Yaacob adakan
pakatan sulit dengan Jepun dgn harapan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan.
Sokongan orang Melayu tidak kekal lama. TM tidak diberi kemerdekaan spt yg
dijanjikan. Peringkat awal – Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja
Melayu. KMM dibubarkan oleh Jepun.
ii)
Reaksi di kalangan orang Cina dipengaruhi oleh Perang China-Jepun Terlibat
dengan gerakan anti-Jepun. memulaukan barangan Jepun pungut derma utk bantu
negara China. pemuda Cina balik ke negara China untuk menyertai perang
menentang Jepun. orang Cina dilayan secara kasar ada menyokong Jepun untuk
menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa
iii)
Reaksi di kalangan orang India dpt layanan baik kerana Jepun memerlukan
kerjasama untuk mengusir British di India. Jepun mempengaruhi orang India dalam
tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. Ramai orang India sertai
Tentera Kebangsaan India. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan
India.
(11) Gerakan anti-Jepun
di Tanah Melayu
1. Malayan People’s Anti Japanese
Army (MPAJA);
- ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya
- Bekerjasama dgn British – dapat bantuan kewangan,
latihan ketenteraan dan senjata.
2. Force 136;
- Ditubuhkan oleh Tentera Bersekutu di Pahang, Johor
dan Kedah
- Anggota mendapat latihan daripada tentera Bersekutu
di Sri Lanka.
- Anggotan terdiri pegawai tadbir Melayu
3. Askar Melayu Setia (AMS);
- lancarkan perang gerila.
- Bekerjasama dan mendapat bantuan Force 136.
4. Pasukan Wataniah Pahang;
- Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat.
- Diketuai oleh Yeop Mahidin.
- Wadah pemuda Melayu menentang Jepun
- Hubungan baik dengan pasukan Force 136.
5. Gerila Kinabalu;
- Pimpinan Albert Kwok.
- Melancarkan pemberontakan “Double Tenth” tetapi gagal.
6. Gerila Datu Mustapha –
penentangan di Kudat.
7. Gerila di Sandakan – penentangan
di Sandakan.
8. Penentangan di pesisir pantai
Sarawak;
- Jalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir
Jepun.
(12) Kekalahan
Jepun
1. Tentera Bersekutu gugurkan bom
atom di Hiroshima dan di Nagasaki.
2. Jepun menyerah kalah tanpa syarat
3. Jeneral Seishiro Itagaki menyerah
diri kepada tentera Bersekutu di Singapura.
4. Di wilayah Borneo , Masao Baba
menyerah kalah di Surrender Point, Labuan.
5. Jeneral Seishiro Itagaki
menandatangani perjanjian menyerah kalah kepada Laksamana Louis Mountbatten,
Komander Tentera Bersekutu di Asia Tenggara pada 12 September 1945 di bangunan
Majlis Perbandaran Singapura.
(13) Kesan
Pemerintahan Tentera Jepun
(a) Politik
1. Keyakinan kepada orang Asia untuk
membebaskan negara daripada penjajahan.
2. Jepun semarakkan semangat
kebangsaan
3. Slogan Jepun “Asia untuk Orang
Asia” mempengaruhi pemikiran penduduk
4. Akhbar Fajar Asia pengaruhi
pemikiran rakyat.
5. Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo
(Sekolah Latihan Kepimpinan) – melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Koa
Kunrenjo ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
6. Orang tempatan – peluang jadi
pegawai daerah;
i. Abang Haji Openg (di Kuching)
ii. Mohd. Salleh Haji Sulaiman (di Hulu Perak)
7. Ibrahim Haji Yaacob keuai pasukan
Pembela Tanah Air(PETA) iaitu pertubuhan separa tentera yang diberi latihan
ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu.
8. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik
sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiada Melayu.
9. Dato? Onn Ja?afar dilantik
menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor dan dilantik semula menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Negeri Johor.
10. Jepun sekat kebebasan bersuara
penduduk
11. Akhbar mencurigakan diharamkan
oleh Jepun.
12. Pertubuhan pro-Jepun dibenarkan
aktif.
13. KMM diharamkan
14. Apabila menerima tekanan tentera
Bersekutu, Jepun beri kelonggaran kepada pertubuhan politik untuk bergiat
semula seperti KMM.
15. Tanah Melayu dijanjikan
kemerdekaan bersama dengan Indonesia.
16. Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia bagi
mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM.
17. Semangat kebangsaan orang India
– memerdekakan negara India.
18. Semangat kebangsaan orang Cina –
anti-Jepun kesan daripada Perang China-Jepun.
19. PKM dapat bantuan daripada
pasukan Force 136.
20. PKM menubuhkan MPAJA.
21. MPAJA dikenali “Bintang Tiga”
-melambangkan tiga kaum utama. Sebhgn besar orang Cina.
(b) Ekonomi
1. Rancangan „Kawasan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya” gagal.
2. Ekonomi merosot
3. Gaji pegawai kerajaan
dikurangkan.
4. Pengangguran meningkat.
5. Perdagangan antarabangsa
terhenti.
6. Kawalan kawasan perairan oleh
kapal selam tentera Bersekutu – bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun.
7. Amalan rasuah, sorok barang dan
pasaran gelap
8. Mata wang Jepun dicetak tanpa
kawalan.
9. Berlakunya inflasi.
10. Mata wang Jepun “wang pokok
pisang” digunakan.
11. Makanan dan ubat-ubatan sukar
diperoleh
12. Catuan bekalan makanan.
13. Kad catuan – setiap keluarga
hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan.
14. Ubi kayu dan keledek menjadi
makanan utama.
c) Ciptaan baru
1. Keperitan hidup menjadikan kita
lebih kreatif.
2. Ciptaan baru berasaskan bahan
tempatan.
3. Contohnya, kasut getah daripada
getah keping. Kain dihasilkan daripada benang nanas.
4. Perusahaan tradisional seperti
menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun digiatkan semula.
5. Ubat-ubatan tradisional jadi
penting.
6. Muncul industri baru berasaskan
sumber tempatan;
- Kenderaan lori dan kereta berkuasa wap menggunakan
arang dicipta.
- Bahan api daripada susu getah.
- Tayar tanpa tiub daripada getah padat.
- Tali kapal daripada sabut kelapa.
- Kelambu dan kain daripada benang daun nanas.
- Peralatan berasaskan kulit haiwan dan logam
d) Sosial
1. kesengsaraan dan ketakutan.
2. Perintah berkurung dan sekatan
perjalanan.
3. Penduduk mencurigai antara satu
sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
4. Ramai jadi mangsa kekejaman tentera
Jepun.
5. Kempeitei menjalankan tugas
pengintipan.
6. “Seksa dulu kemudian siasat” –
amalan kempeitei.
7. Hukuman dera dan hukuman mati
dijalankan.
8. Rakyat dijadikan buruh paksa.
9. Penduduk menjadi buruh paksa –
bina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma.
10. Wabak penyakit berjangkit.
11. Kebuluran
12. Ubat sukar didapati -bekalan
tidak dapat diimport
(14) Rumusan
1. Pendudukan Jepun bawa
kesengsaraan.
2. Slogan Jepun sebenarnya muslihat
Jepun untuk mencapai hasrat mereka.
BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(1) Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
1. TM dikuasai oleh Parti
Komunis Malaya (PKM)
2. Pentadbiran Tentera
British–selamatkan keadaan huruhara
3. PTB bercorak ketenteraan
(2) Keganasan PKM 14 hari
1. Jepun meninggalkan
TM–berlaku kekosongan politik
2. PKM kuasai TM melalui MPAJA
selama 14 hari.
3. MPAJA dikenali tentera
Bintang Tiga.
4. MPAJA kuasai bandar, balai
polis, pejabat kerajaan.
5. MPAJA jatuhkan hukuman
sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.
6. Cukai kepala, cukai harta,
cukai tanah diperkenalkan.
7. Menculik dan menyeksa yg
bersubahat dengan Jepun.
8. Menghukum penduduk yg
menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun.
9. Merampas harta benda orang
kampung
10. Di Batu Pahat, PKM bunuh
penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
11. Seorang Pegawai Daerah
cuba berunding dengan PKM dibunuh.
12. Di Jelebu, masjid dan
surau telah dicemarkan.
13. Di Kg Bakor dan Sg Manik,
Perak, – rumah.dibakar
14. Berlaku ketegangan kaum
kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina.
15. Orang Melayu bangun
menentang PKM
16. Berlaku huru hara.
17. Orang Melayu pimpinan Kiai
Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina di Bandar Batu Pahat.
18. Dato’ Onn Ja’afar, Pegawai
Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
19. Ketegangan kaum diatasi
oleh Pentad Tentera British.
(3) Pentadbiran Tentera British (PTB)
1. Diketuai Ketua Pegawai Hal
Ehwal Awam Sir Ralph Hone.
3. Tujuan PTB – melaksanakan
pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam diperkenalkan.
4. Antara kejayaan PTB;
- Menghapuskan penguasaan PKM
- Memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata.
- Memberhentikan pergaduhan antara kaum
- Mewujudkan keamanan
- Menegakkan undang-undang.
5. Setelah PTB berjaya
mengamankan Tanah Melayu, British melaksanakan pentadbiran Malayan Union.
(4) Malayan Union
1. Diisytiharkan oleh British
pada 1 April 1946
2. di King’s House (Carcosa
Seri Negara), KL
2. Gabenor pertama – Sir
Edward Gent.
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Membentuk bangsa Malayan
Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
2. Kawal kuasa politik Melayu
yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan – Negeri
Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British
terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan
imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British
7. Wujudkan pentadbiran yang
cekap dan seragam.
8. Sediakan Tanah Melayu ke
arah berkerajaan sendiri.
(b) Ciri-ciri Malayan Union
1. Mengubah status Tanah
Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat
kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu,
Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau
Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis
Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja
England.
7. Kewarganegaraan sama rata
melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis
Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi
setiap negeri
10. Parlimen British – pemutus
undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
(d) Faktor penentangan terhadap Malayan Union
1. Penghapusan
kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;
- Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa
kuasa.
- Kehilangan takhta dan maruah sebagai
pelindung orang Melayu.
- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor
British
2. Tamadun orang Melayu terhakis;
- Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan
Jawi terhakis.
- Ketuanan Melayu tercabar
- Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.
3. Kerakyatan yang
terlalu liberal;
- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang
Melayu sebagai peribumi.
- Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat
kemasukan golongan imigran
4. Membantah tindakan
Sir Harold MacMichael;
- Mengancam menurunkan raja-raja Melayu
daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.
- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup
untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti
yang berlaku kepada Sultan Perak.
(e) Pihak yang menyokong Malayan Union
1. Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM)
2. Angkatan Pemuda Insaf
(API),
3. Angkatan Wanita Sedar
(AWAS)
4. Barisan Tani Malaya (BATAS)
5. PKMM ditubuhkan oleh PKM di
Ipoh, Perak.
6. Presiden pertama ialah
Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya.
7. Alasan menyokong
Malayan Union:
i. penyatuan sistem pentadbiran di Tanah
Melayu
ii. pentadbiran baru tidak berasaskan kuasa
raja dan pembesar Melayu
iii. menyokong kerakyatan terbuka.
iv. Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi
seluruh Tanah Melayu
v. Percaya dengan janji British yang akan
memberi kemerdekaan
8. Parti Komunis Malaya dan
Malayan Democratic Union (MDU) sokong pendirian parti-parti tersebut.
9. MDU – parti politik di
Singapura.
10. Terdiri daripada golongan
berpendidikan Inggeris
11. MDU bersetuju dgn konsep
kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja.
12. MDU cadangkan Singapura
dimasukkan ke dalam Malayan Union.
13. Golongan imigran sokong
Malayan Union atas alasan yang sama.
14. Mereka bergabung dalam All
Malayan Council of Joint Action (AMCJA) – diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.
(f) Cara penentangan Malayan Union
1. Penentangan Secara
Individu;
- Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada
Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays
Organisation (U.M.O).
- Raja-raja Melayu bantah Malayan Union.
Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah Jajahan
- dapat sokongan bekas pegawai British yang
pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld
dan Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan Malayan Union secara terbuka
dalam akhbar The Times di London.
2. Penentangan melalui
Akhbar;
- menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan
Melayu dan Warta Negara.
3. Langkah kolektif
menentang Malayan Union;
- Demonstrasi secara aman – bantah cara Sir
Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
- membantah Malayan Union yg menghapuskan
kedaulatan negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.
- Persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan
semula.- Persatuan Melayu Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
- Hantar telegram dan surat bantahan ke
Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Kongres Melayu pertama dibentuk :
i. diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
ii. di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL
iii. Dihadiri 41 persatuan
iv. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam
Shah rasmikan kongres – menderma $5000.
v. Bersetuju tubuhkan United Malays National
Organization (UMNO)/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
vi. Pengerusi pertama -Dato’ Onn Ja’afar.
- Kongres Melayu kedua :
i. diadakan pada 30 -31 Mac 1946.
ii. bantah pengisytiharaan Malayan Union
- Kongres kedua memutuskan tiga perkara ;
i) minta raja-raja Melayu memulaukan majlis
perlantikan Sir Edward Gent sebg Gabenor.
ii) minta orang Melayu yang dilantik
menganggotai sebarang majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan
iii) tuntut orang Melayu berkabung selama
tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.
- adakan rapat umum semasa lawatan L.D.
Gammans dan David Rees Williams di setiap bandar
- Peranan kaum wanita;
i) Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah
berucap menentang Malayan Union.
ii) Di Rembau, Halimahton Majid berucap
membantah Malayan Union.
iii) Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian
Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong
kongres Melayu pada tahun 1946
iv) Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor
ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.
(5) Penubuhan UMNO
1. Keputusan menubuhkan UMNO
dibuat dalam Kongres Melayu pertama.
2. UMNO ditubuhkan secara
rasmi pada 11 Mei 1946.
3. Yang Dipertua pertama –
Dato’ Onn Ja’afar.
(a) Tujuan penubuhan UMNO
1. UMNO pada tahun 1946;
- Menentang Malayan Union.
- satukan orang Melayu
- wujudkan organisasi nasional.
- Jaga kepentingan politik & ketuanan
Melayu.
- Majukan pendidikan orang Melayu.
- Melindungi kepentingan orang Melayu
- belum menuntut kemerdekaan.
3. UMNO pada tahun 1949;
- Menjalankan fungsi sebuah parti siasah
(politik)
- mendirikan sebuah kerajaan merdeka.
- Majukan orang Melayu
- Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
- Mula menuntut kemerdekaan.
(b) Perjuangan tokoh UMNO
i) Dato’ Onn Ja’afar:
- pengasas UMNO.
- pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan di
England.
- jawatan Pegawai Tadbir Johor.
- wartawan terkenal.
- Menteri Besar Johor
- pulihkan keamanan di Batu Pahat
- orang pertama menyeru orang Melayu bersatu
- cadangkan menentang Malayan Union.
- anjurkan Kongres Melayu
- ahli jawatankuasa yang gubal Perlembagaan
UMNO
ii) Dato’ Panglima Bukit
Gantang:
- Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
- Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
- pendidikan di Anderson School, Ipoh, dan
Inner Temple, England.
- Tubuhkan Perikatan Melayu Perak dan
menyokong Kongres Melayu
- Ketua Bahagian UMNO Perak.
iii) Dato’ Nik Ahmad
Kamil:
- Ahli J/kuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO
Kelantan.
- Pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam,
Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,
- melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn,
London, England
- jadi seorang peguam
- jadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum
menjadi Menteri Besar Kelantan.
iv) Zainal Abidin bin
Ahmad;
- intelektual Melayu yang terlibat dalam
Kongres Melayu.
- uruskan persidangan kongres.
- cadangkan menambahkan “kebangsaan” ke dalam
United Malays Organization. United Malays Organization menjadi United Malays
National Organization (UMNO)
(c) Perkembangan UMNO
1. Majukan orang Melayu dalam
politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
2. perjuangkan perpaduan orang
Melayu
3. perjuangan UMNO direstui
oleh sultan dan raja-raja Melayu.
4. Kerjasama antara sultan dan
raja-raja dengan rakyat
5. Perjuangan UMNO;
- satupadukan orang Melayu
- Menumbangkan Malayan Union
- hapuskan semangat kenegerian
- wujudkan parti politik bercorak kebangsaan
- Memperjuangkan ketuanan Melayu
- Majukan pendidikan orang Melayu
- Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan
orang Melayu
(d) Lambang-lambang UMNO
1. Logo UMNO mengandungi
tulisan Jawi iaitu PEKEMBAR.
2. Cogan kata UMNO, “Hidup
Melayu” dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar
3. Cogan kata UMNO “Hidup
Melayu” ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu
Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub.
4. Pemilihan bendera UMNO
diputuskan dalam persidangan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak
5. Bendera UMNO dicadangkan
oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
i. Warna bendera UMNO
- merah – keberanian,
- putih – kesucian dan keikhlasan
- kuning dalam bulatan – lambang raja
ii. Keris hijau – lambang agama Islam.
iii. Keris melambangkan tamadun Melayu.
6. Bendera UMNO dikibarkan
buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang.
(6) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. Persekutuan Tanah Melayu –
1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.
2. Pertemuan raja-raja Melayu
dengan British di Kuala Kangsar
3. Rundingan British dengan
UMNO di P.Pinang
4. Ketegasan raja-raja Melayu
dan UMNO menolak Malayan Union menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi
5. Serahan memorandum
menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara rasmi kepada British.
6. Jawatankuasa Eksekutif
ditubuhkan – dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil raja Melayu dan wakil
UMNO.
7. Perbincangan di King’s
House, Kuala Lumpur.
8. Beberapa tuntutan
dikemukakan;
- sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung
Tanah Melayu.
- menolak kerakyatan jus soli.
- taraf negeri naungan bg negeri Melayu
dipulihkan semula.
- Desak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri
Melayu.
9. British bersetuju membentuk
Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British
secara kekerasan.
10. British tidak mahu Parti
Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu.
11. Sikap sederhana orang
Melayu bekerjasama dengan British dan sikap para pemimpin parti UMNO yang
menggunakan rundingan pengaruhi dasar kerajaan British.
12. British menjalankan dasar
dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
13. Rundingan British dgn raja
Melayu dan UMNO berakhir dgn Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(a) Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
- Konsep Raja Berperlembagaan.
- Majlis Raja-Raja Melayu
menggantikan Majlis Melayu.
- Perlindungan istimewa kepada
orang Melayu
- Syarat kerakyatan
diperketatkan.
- Gabungan 11 buah negeri
- Pesuruhjaya Tinggi British –
Ketua Persekutuan. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
(b) Perbezaan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan
Union
1. Ketua pentadbiran;
- Persekutuan Tanah Melayu – Pesuruhjaya
Tinggi British dan Majlis Raja-Raja Melayu
- Malayan Union – Gabenor British.
2. Kuasa di peringkat
pusat;
- Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat
Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa di
peringkat pusat dalam Persekutuan Tanah Melayu.
- Peringkat pusat Malayan Union ialah Parlimen
British.
3. Kuasa di peringkat
negeri;
- Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat
Negeri mempunyai kuasa di peringkat negeri dalam pentadbiran Persekutuan Tanah
Melayu.
- Kuasa di peringkat negeri Malayan Union
ialah Pesuruhjaya Negeri-Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri.
4. Ketua agama Islam dan
adat istiadat Melayu;
- Persekutuan Tanah Melayu ialah Sultan negeri
- Malayan Union ialah Gabenor British.
5. Bahasa pentadbiran;
- Persekutuan Tanah Melayu – bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris
- Malayan Union – bahasa Inggeris.
(c) Perbezaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan
Union.
1. Secara kuat kuasa
undang-undang ;
i) Persekutuan Tanah Melayu:
- Jus soli hanya terbuka kepada Rakyat raja
dan Rakyat British.
- Pemohon lahir di luar negeri tetapi bapanya
adalah rakyat raja atau rakyat British.
ii) Malayan Union:
- Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan
Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain.
2. Secara permohonan;
i) Persekutuan Tanah Melayu:
- Pemohon berusia 21 tahun, tidak ada rekod
jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
- telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun
di Tanah Melayu serta boleh bertutur bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
ii) Malayan Union:
- Pemohon tinggal selama lima daripada tujuh
tahun dari tarikh permohonan.
- Anak angkat pemohon rakyat Malayan Union.
(7) Rumusan
1. Perpaduan Melayu
membolehkan mereka menolak Malayan Union.
2. Penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu mengembalikan semula status quo orang Melayu.
3. Peranan pemimpin berkaliber
penting untuk mendukung perjuangan bangsa.
4. Kita harus berganding bahu
untuk memajukan diri dan mempertahan kedaulatan bangsa dan negara.