Aspek-aspek
Komsas
1. Tema –
Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung atau tidak
langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari
sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialahpenyamaran yang dilakukan
oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan
jiwa.
2. Persoalan – Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan
mengembangkan cereka.Contoh persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani
mengambil risiko. Azfa bernai menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu
risiko yang ditanggungnya.
3. Watak – Pelakon yang
menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang menggerakkan
cerita), dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh watak
utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani. Watak sampingan ialah Tengku
Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz.
4. Perwatakan – Gambaran
keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan
termasuk pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh
perwatakan Azfa Hanani ialah seorang gadis berusia 17 tahun, taat kepada pak
long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu sebelum bersetuju
mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
5. Plot– Rentetan
peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat, dijalin
dengan melibatkan konflik atau pertikaian yang akhirnya menemukan peleraian.Contoh
dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan cerita, contohnya
dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita, perumitan
cerita, klimaks dan peleraian cerita.
6. Latar – Terbahagi
kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu peristiwa), latar masa
(masa/zaman peristiwa berlaku) dan latar masyarakat (golongan yang diwujudkan
dalam cereka contoh bangsa/etnik,jantina, kampung/bandar/kota dan sebagainya.
Contoh Latar Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di
sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya “mencuri” buku disyaki oleh
rakan-rakannya.
7. Gaya Bahasa – rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang
lebih indah contoh, pepatah, kata-kata kalimat, peribahasa, pantun, dialek
daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi, personafikasi,
perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis.
Simile – unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak
dll.
Inversi – pembalikan
kata, frasa atau ayat.
Hiperbola – sesuatu
perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan.
Perulangan/repitisi
- Anafora = perulangan di awal ayat/baris
- Responsi = perulangan di tengah ayat/baris
- Epifora = perulangan di akhir ayat/baris
Personifikasi – memberi sifat-sifat manusia
kepada sesuatu benda.
Metafora
– unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi
menerbitkan makna lain daripada makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan
abstrak.
Imej
alam –penggunaan unsur alam.
Sinis – kata-kata
yang diungkapkan dengan tujuan menyindir.
8.
Unsur Bunyi –
- Asonasi =
perulangan huruf-huruf vokal (A,E,I,O, dan U)
- Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf
Konsonan (selain daripada huruf vokal)
- Jeda =
pemberhentian di tengah baris semasa dideklasmasikan
(biasanya
sajak)
- Rima akhir = pengulangan bunyi yang
sama pada akhir baris puisi (Biasanya pantun)
9.
Teknik Plot – teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan
ceritanya supaya keihatan lebih menarik. Antara teknik:
a) Dialog – pertuturan
antara dua atau lebih watak. Biasanya ada “ ”.
b) Monolog - pengucapan
seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain.
c) Monolog dalaman – berupa pengucapan dalam
hati atau fikiran seseorang.
d) Imbas Kembali – peristiwa yang digambarkan
semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan.
e) Imbas Muka – ramalan atau jangkaan oleh
watak.
f) Pemerian/pengisahan - penceritaan secara
langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu
tempat.
g) Kejutan – perubahan yang berlaku
secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot lebih
menarik dan berkesan.
h) Saspens – teknik yang digunakan oleh
pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan rasa ingin tahu atau membuatkan
watak atau pembaca tertanya-tanya insiden yang bakal berlaku.
10.
Nilai – sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya.
Terdapat 16 nilai murni yang wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu,
a) baik hati,
b) berdikari,
c) hemah tinggi,
d) hormat-menghormati,
e) kasih sayang,
f) keadilan,
g) kebebasan,
h) keberanian,
i) kebersihan fizikal dan mental,
j) kejujuran,
k) kerajinan,
l) kerjasama,
m) kesederhanaan,
n) kesyukuran,
o) rasional dan
p) semangat kemasyarakatan.
11.
Pengajaran – Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan
atau pedoman sebagai inti fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka
secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watak-wataknya.
Contoh dalam novel Azfa Hanani
Nilai –
Pengorbanan = Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan
bagi penyakit lumpuhnya.
Pengajaran
– Kadangkala pengorbanan itu perlu demi membahagiakan orang lain. Azfa Hanani
sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai
Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa
seterusnya menggangu kesihatannya.